Lukisan Duniaku ♥♥

: : H I D U P p e r l u B E R B A K T I : : Jadikan Duniamu Sebagai Ladang Akhirat

Modul Usrah Kreatif : Tajuk Aqidah

Assalamualaikum, apabila Naqib/Naqibah membawa tajuk Aqidah Islam, pastikan group usrah anda betul-betul memahami konsep aqidah Islam yang sebenarnya dan menguatkan lagi aqidah dalam diri mereka. Mereka perlu merasakan hidup mereka akan hancur tanpa aqidah Islam dalam diri mereka, keluarga dan masyarakat umat Islam.

  1. Perbanyakkan persoalan kepada ahli group supaya mereka berfikir.
  2. Perbincangan hendaklah bersifat dua hala. Beri peluang ahli menyatakan pendapat dan pandangan mereka untuk setiap persoalan.
  3. Berikan contoh-contoh yang menarik (sains dan sirah)

Modul kreatif tajuk : Aqidah

Bahan
- Pen dan kertas kosong

Aktiviti
- Beri pen dan kertas kosong kepada ahli usrah
- Kemudian, arahkan mereka melukis masjid
- Arahkan mereka koyakkan kertas yang dilukis tadi menjadi beberapa bahagian
- Arahkan mereka mencantumkan bahagian-bahagian kertas yang dikoyak tadi supaya menjadi gambar masjid semula.
- Setelah 80% mereka siap mencantum, naqib/ah cuba selerakkan semula kertas tadi
- Perhatikan gelagat mereka
- Kemudian, tanya tentang perasaan mereka

Kesimpulan
- Gambar masjid yang dikoyak itu adalah gambaran aqidah umat Islam yang nipis dan mudah terkoyak. Umat Islam seharusnya sensitif dengan isu-isu yang berkaitan dengan aqidah dan berasa sedih apabila aqidah Islam dipermainkan. Contoh isu : Murtad