Lukisan Duniaku ♥♥

: : H I D U P p e r l u B E R B A K T I : : Jadikan Duniamu Sebagai Ladang Akhirat

Dunia Hobi : Menjahit baju jubah ^__^

Assalamualaikum..
Kebelakangan ni teramatlah sibuk... mana nak cuba resepi, masak-memasak, jahit-menjahit, shopping-men'shopping'.... adoi...banyaknye la hobi saya tahun nih... hehehehe

Kali ni... saya nak cuba jahit baju jubah sendiri plak.. guna kain yang biasa buat baju kurung... harap-harap menjadilah.. he he... ameennn..

Bahasa omputihnya 'long dress'









P/s : Kalo menjadi, ingat nak buat baju tido sendiri laaa.. senang.. Sekarang masih belom siap... target nak pakai raya  ^____^

Assalamualaikum, kebelakangan ini heboh dikatakan produk berus dari bulu BABI... sebenarnya isu ni dah lama.. tapi, masng-masing tidak sensitif. Jadi, dah kena pada produk terkenal plak tu... so, disini saya nak pembaca semua sensitif dengan barangan berus kat rumah tu... jangan terbeli sudah laa.. :)

Jom baca kat blog saya kat wordpress -->
http://lukisanduniaku.wordpress.com/2011/08/17/info-halal-bulu-khinzir-yang-dijadikan-berus/

Modul Usrah Kreatif : Tajuk Aqidah

Assalamualaikum, apabila Naqib/Naqibah membawa tajuk Aqidah Islam, pastikan group usrah anda betul-betul memahami konsep aqidah Islam yang sebenarnya dan menguatkan lagi aqidah dalam diri mereka. Mereka perlu merasakan hidup mereka akan hancur tanpa aqidah Islam dalam diri mereka, keluarga dan masyarakat umat Islam.

  1. Perbanyakkan persoalan kepada ahli group supaya mereka berfikir.
  2. Perbincangan hendaklah bersifat dua hala. Beri peluang ahli menyatakan pendapat dan pandangan mereka untuk setiap persoalan.
  3. Berikan contoh-contoh yang menarik (sains dan sirah)

Modul kreatif tajuk : Aqidah

Bahan
- Pen dan kertas kosong

Aktiviti
- Beri pen dan kertas kosong kepada ahli usrah
- Kemudian, arahkan mereka melukis masjid
- Arahkan mereka koyakkan kertas yang dilukis tadi menjadi beberapa bahagian
- Arahkan mereka mencantumkan bahagian-bahagian kertas yang dikoyak tadi supaya menjadi gambar masjid semula.
- Setelah 80% mereka siap mencantum, naqib/ah cuba selerakkan semula kertas tadi
- Perhatikan gelagat mereka
- Kemudian, tanya tentang perasaan mereka

Kesimpulan
- Gambar masjid yang dikoyak itu adalah gambaran aqidah umat Islam yang nipis dan mudah terkoyak. Umat Islam seharusnya sensitif dengan isu-isu yang berkaitan dengan aqidah dan berasa sedih apabila aqidah Islam dipermainkan. Contoh isu : Murtad

Suka melukis? belajarlah dari Kurt Wenner!!

Assalamualaikum semua,
Sebenarnya saya jarang mengagumi seorang pelukis tanpa kritikan.. tetapi lukisan 3D jalanan Kurt Wenner memang amat mengagumkan!! saya melihat lukisannya dan terdiam.. it's really amazing!!!



Siapakah dia Kurt Wenner?


KURT Wenner sudah sekian lama memukau orang ramai dengan lukisannya yang berkonsep tiga dimensi (3D). Namun rekaan terbarunya lebih mengagumkan.

Pelukis jalanan yang mempunyai kemahiran luar biasa itu yang juga bekas kakitangan Nasa berusia 52 tahun, menggunakan teknik pintar untuk menghasilkan rekaan berbentuk 3D.

Dan hasil kerja terbarunya, daripada Spider-Man di Jepun hingga ke pintu masuk Caribbean di New York serta laluan hutan hujan di South Bank, London, digabungkan dalam satu buku baru.

Apabila dilihat daripada sudut betul, pejalan kaki yang berdiri di atas lukisan itu kelihatan seolah-olah terapung di udara sementara bungkah konkrit muncul dalam bentuk curam yang dalam dengan ilusi pewarnaan menakjubkan.

Artis kelahiran Michigan itu mula menggunakan krayon dan cat untuk menghiasi jalan raya di Rome, Itali pada 1982.

Dia melanjutkan tugas lamanya, membuat pengiraan rumit untuk menghasilkan lukisan konsep lanskap dunia luar di Nasa, menjadikan lantai dan dinding seolah-olah hidup.


Mermaid

Dia kemudian mengembangkan pengetahuannya dengan teknik yang digunakan pelukis seperti Michelangelo untuk Gereja Sistine dan lukisan jalanan Itali abad ke-16.

“Lukisan jalanan seperti ini bermula di Rome pada penghujung zaman Pembaharuan, bermakna ia sekitar 100 tahun,” katanya.

Satu imej dari Curtatone, Itali pada 1987 menunjukkan bagaimana Wenner menghasilkan imej cermin model sebenar pada konkrit di bawah mereka, lukisan jalanan interaktif 3D yang pertama.

“Lukisan itu nampak hidup kerana pengiraan dibuat dengan tepat. Begitulah ia akan kelihatan jika objek dalam lukisan saya benar-benar berada di situ.



“Saya menggunakan tali untuk mengukur titik tetap antara lokasi melihat dan lukisan itu. Ia membolehkan saya mengira secara tepat bagaimana ia akan kelihatan.

“Saya mengambil masa antara lima atau enam hari untuk menghasilkan satu karya bersaiz sederhana,” katanya.

Bukunya, Asphalt Renaissance diterbitkan oleh Sterling Innovation.


Wenner menghasilkan lukisan ini pada 2008 di Stesen kereta Api Waterloo di London. Wang kertas kelihatan terapung dari bumi dalam lukisan diberi judul The Moneypit.


Wenner menghasilkan Northwest Fantasy pada April 2010 di San Francisco untuk Lembaga Pelancongan British Columbia.



Wenner mula menjadi terkenal dengan model yang kelihatan melihat imbasan mereka di Curtatone pada 1987.

dia menggunakan sebuah kolam di Queretaro, Mexico pada 2010 apabila menghasilkan Tiga Majusi melompat keluar dari air.

pelumba basikal Sukan Olimpik Britain, Bradley Wiggins bergambar dengan basikalnya di laluan Hutan Hujan Malar Hijau di South Bank, London pada Oktober 2010.

lukisan Spider-Man yang disiapkan Februari lalu di Universal Studios di Jepun lebih mengagumkan dengan kepingan kadbod untuk menyiapkan senario buku komik itu.

Dunia IT : Membina Laman Web Sendiri (website)

-Contoh CMS-


Assalamualaikum

Pernahkah anda membuat laman sesawang (website) sendiri?
Jika pernah, pasti anda tahu selok belok domain, host dan yang paling penting pengaturcaraan laman! hehe

Saya mengaku, xreti buat website tanpa bantuan CMS (content management system) yang berbentuk Open source. Selalunya Open Source CMS ini percuma dan boleh di muat turun disini:-

http://php.opensourcecms.com/

jika anda berminat dengan website yang canggih walaupun anda xreti pengaturcaraan (programming) yang banyak bermain dengan kod-kod pelik :p .... anda perlu cuba CMS yang paling senang disitu.

Tapi, anda perlulah belajar bagaimana membina laman web di dalam komputer anda sebelum publish diluar menggunakan intranet / localhost. Ia menjimatkan masa anda di internet tambahan pula internet tidak selalu laju dan stabil.

Saya akan cuba memberi anda tutorial ringkas secara teknikalnya selepas ini.. tetapi anda perlulah belajar teori-teori dan cari maklumat mengenainya kerana ilmu dalam teknologi ini luas.. InsyaAllah jika saya berkelapangan saya akan bagi anda penerangan secara ringkas.

Semua orang mampu membina website sendiri sebenarnya... cumanya rajin atau tidak sahaja yang boleh menjayakan website tersebut. Dan yang paling penting minat yang mendalam, kesungguhan dan tidak jemu mencuba & mempelajari sesuatu yang baru! ;)

Perkara yang penting untuk anda tahu apabila ingin membina website sendiri :-
  • Domain
    Apakah maksud DOMAIN?
    Domain adalah alamat untuk website anda dan perlu dibeli. Contohnya (http://malaysia.com atau pun boleh juga http://malaysia.net dan pelbagai lagi alamat yang boleh dipilih-yang masih belum ada) dan harganya berbeza-beza mengikut penjual dan pelayan.Biasanya harga yang ditawarkan oleh pelayan (server) malaysia adalah seperti berikut :-
    com.net, .biz, .info, .org, .us, name.my RM 40 setahun
    com.my, net.my, org.my, gov.my, edu.my RM 100 setahun
    .my RM120 setahun

    Bagi semua domain malaysia cth .com.my dokumen diperlukan untuk mendaftar domain tersebut:

    com.my,net.my.my sijil pendaftaran syarikat SSM (borang D,9 atau 13) contoh
    org.my sijil pendaftaran organisasi contoh
    gov.my surat kebenaran dari ketua jabatan kerajaan beserta kepala surat jabatan contoh
    edu.my surat permohonan menggunakan kepala surat sekolah di cop dan TT oleh pengetua/guru besar contoh


    Bagi yang baru belajar membuat website, mungkin boleh mencuba menggunakan perkhidmatan percuma yang disediakan menggunakan Subdomain mana-mana perkhidmatan yang ditawarkan di dalam internet ini...hehe.. banyak.. tapi kne cari la sendiri.. ok?

  • Hosting
    Apakah maksud HOSTING?
    Hosting pula berfungsi untuk menyimpan segala data-data mengenai laman web anda. Ia akan menyimpan fail, teks, gambar, dan segala kandungan dalam laman web anda supaya boleh dilawati oleh orang ramai.

    Hosting boleh dibeli dengan pemilik pelayan (server) dengan harga yang sesuai mengikut perkhidmatan yang diberikan contohnya :- 

    Standard Plan RM 80 setahun
    Storan 2 GB
    Bandwith 20GB(bulanan)
    Email Tiada Had
    Database Tiada had
    subdomain Tiada Had
    Add on domain 5 domain
    Platform Linux
    Control panel Cpanel
    Akses Penuh
    Lokasi server Malaysia (Times DC)

    Banyak lagi tawaran-tawaran yang berpatutan oleh syarikat-syarikat pelayan dan sebagai pembeli, kita kenalah pandai memilih yang paling baik dan sesuai dengan kegunaan kita. Bagi yang baru nak belajar membina website, boleh la mencuba di tempat yang percuma dahulu. ;)

      
  • Localhost
    Apakah maksud localhost?  localhost adalah pelayan (server) yang berada dalam satu komputer dengan aplikasi. Maksudnya anda membina laman web di komputer anda dan data-datanya (database) juga dikomputer anda, dengan tetapan (setting) yang diarahkan ke localhost itu akan berjalan dengan baik, dan ia bukannya khidmat apache sebagai pelayan (server) intranet(offline). Pembina laman web yang baru belajar sangat sesuai menggunakan localhost ini. ^_^
       
      ~sudah tamat ringkasannya..

      Dunia Gadget : Pengenalan



      Pengenalan : Gadget?

      Gadget adalah istilah yang berasal dari bahasa Inggeris, yang bermaksud peranti elektronik kecil yang memiliki fungsi khusus. Gadget adalah lebih canggih dan terbaru berbanding peranti elektronik yang lain dan dari masa ke semasa gadget akan muncul dengan teknologi yang baru untuk memudahkan kehidupan manusia.

      Contoh-contoh dari gadget :-
      • telefon pintar (smartphone) seperti iphone dan blackberry,
      • netbook (gabungan antara komputer riba seperti notebook dan internet).

      Gadget untuk Akses Internet
       
      Salah satu peranti terkenal dan paling menarik dari gadget adalah internet. Masyarakat dapat mengakses internet secara mudah dan mendapatkan maklumat dan pengetahuan secara meluas di internet untuk tugasan sekolah, kolej dan universiti. Selain itu, gadget yang menyediakan akses internet menyediakan perkhidmatan untuk mudah melayari laman sosial seperti facebook, twitter dan lain-lain. Hal ini dapat meluaskan lagi jaringan sosial dan merapatkan lagi persahabatan.

      Namun begitu, bagi yang telah terbiasa dengan kemudahan yang canggih, sesetengah masyarakat tidak dapat hidup tanpa gadget! Mari kita lihat kesan negatifnya..


      Kesan Negatif Gadget
      • Tidak dapat berkomunikasi secara berkesan di alam realiti kerana telah terbiasa berkomunikasi di alam maya.
      • Menjadikan masyarakat malas membuat kajian dan keluar berkomunikasi kerana mudah mendapatkan maklumat dan apa yang diperlukan secara mudah dan cepat di Internet (di bilik)
      • Kanak-kanak kurang semangat dan motivasi serta kekuatan dalaman kerana kurang berusaha dan bersusah payah mendapatkan sesuatu.
      • Mengurangkan waktu berharga untuk berinteraksi dan menjalankan aktiviti bersama keluarga kerana sering terperuk di dalam bilik.
      Ya, tidak dinafikan gadget memudahkan kehidupan kita, namun.. kita perlu membataskan waktu penggunaannya sehingga tidak mengganggu aktiviti bersama keluarga dan sahabat. Selain itu, internet ini tiada tapisan..jd, kita perlu cerdik memilih laman-laman yang bermanfaat dan membuatkan kita cerdas! :)

      External Hard disk LUAR BIASA dari China!!!

       

      "Hari ini kebanyakan pengguna menggunakan sama ada external Hard disk atau pen drive untuk menyimpan data mereka. Tiada lagi Floppy Disk yang cerewat dan hanya menyimpan sebanyak 1.44MB sahaja.

      Harga juga semakin murah apabila sekarang HDD sebesar 500GB boleh dibeli dengan harga RM180-RM200 sahaja. Bayangkan semasa HDD mula di perkenalkan pada tahun 1956 yang hanya sebesar 3.75MB sahaja dan kini saiznya bertambah sehingga 270 ribu kali.

      Namun begitu HDD bersaiz yang besar juga ada kelemahannya. Jika HDD ini rosak maka semua data akan hilang bersama dan tentu sekali ianya menjadi perkara terburuk dalam hidup anda. Mungkin data yang anda simpan itu dikumpul sejak 10 tahun yang lalu hilang hanya begitu sahaja.

      Begitu jugalah terjadi kepada seorang pengguna di Russia ini. Dia baru sahaja membeli HDD bersaiz 500GB dengan harga yang begitu murah di China. Namun apabila menyimpan sebuah filem dan bila dimainkan hanya 5 minit sahaja filem itu boleh dimainkan. Lalu dia menghantar ke kedai berhampiran rumahnya untuk ditengok-tengokkan.




      Pekedai tersebut juga rasa binggung kerana jumlah HDD tersebut masih kosong tetapi setiap kali dia memasukkan data hanya sebahagian sahaja boleh di capai. Pekedai itu berkeputusan itu membuka penutup HDD tersebut dan hasilnya adalah seperti di bawah:




      Ianya hanyalah sebuah Pen drive bersaiz 128MB. Saiz yang terpapar dikomputer sebanyak 500GB adalah dummy kepada komputer yang dihasilkan oleh controller yang tertanam dalam pen drive. Begitulah HDD buatan China yang murah ini berakhir walaupun harganya murah. Berhati-hatilah.


      P/s : murah xsemestinya berkualiti :p hati-hati dengan barang tiruan ok ;)



      Assalamualaikum.. buat pembaca-pembaca lukisanduniaku.wordpress.com , saya kini kembali menyemarakkan lagi dunia Teknologi Tanpa Sempadan ini dengan menambah tajuk-tajuk yang lebih luas disini seperti Dunia Gadget, Dunia IT, Dunia Kerjaya, Dunia Ajaib dan Dunia Hobi...

      Kenapa saya memilih Blogspot pula kali ini? haa..ini kerana saya ingin menambah pengetahuan saya dalam menggunakan blogspot, memandangkan kebelakangan ini blogspot telah mencanggihkan diri..hehe.. (sblm ni xcanggih sgt... skg dah canggih sama seperti wordpress)

      Selain itu, saya juga mempunyai masa lapang yang sangat banyak untuk mengkaji, mengaji, mengkritik dan menulis pada hari ini.. Oleh itu, saya berharap para pembaca semua sentiasa menyokong lukisanduniaku kerana saya akan sentiasa memberikan input-input yang menarik kepada anda ;)

      Sekian, Salam Sayang dari saya..
      sitihorizon@gmail.com